Said Al-Amir al-Jumahi

10 / 10 / 2016

SAID AL-AMIR AL-JUMAHI

  1. Seorang lelaki yang membeli akhirat dari dunia.
  2. Sebelum dia memeluk Islam- Selepas perang Uhud, tentera kafir berjaya menangkap Hubaib, seorang pemuda gagah. Mereka merancang untuk menyeksanya. Semua penduduk Quraisy berhimpun di Tai’ melihat pembunuhan Hubaib. Hubaib diikat oleh orang Quraisy lalu dibaling panah & lembing. Said yang ketika itu duduk di depan sekali menyaksikan pembunuhan itu. Kemudian, Hubaib meminta untuk solat 2 rakaat & menghadap kiblat. Dia sudah berlumuran darah tetapi masih lagi bernyawa. Pembesar Quraisy menawarkan tempatnya itu digantikan dengan Muhammad (Rasulullah). Hubaib :” Aku tak rela walau dengan secucuk duri sekalipun.” Sebelum meninggal dunia, Hubaib berdoa agar dihancurkan musyrikin yamg berada di situ. Said begitu terkesan dengan kata-kata Hubaib. Apabila sampai di rumah, masih terbayang & terngiang-ngiang kata-kata Hubaib. Baginya Hubaib mengajar 1 hakikat yang tidak pernah dia tahu iaitu Iman yang kuat menghasilkan keajaiban & sanggup mati demi nyawa seorang lelaki lain(Rasulullah). Selepas memeluk Islam, Said berhijrah ke Madinah & menyertai peperangan selepas Badar dan Uhud. Dia tidak pernah ketinggalan menyertai peperangan.

Khalifah Umar Al-Khattab melantiknya menjadi gebenor Him. Khalifah menyuruh menyenaraikan senarai fakir miskin  di Him. Dalam senarai itu, terselit nama Said bin Amr. Umar pun menangis hingga basah janggutnya. Ini kerana dapur Said sudah beberapa hari tidak berasap. Khalifah menyerahkan 1000 dinar untuk diberi kepada rumah Said & orang miskin. Apabila dapat sahaja duit itu, Said berkata “Innalillahhiwainnahirajiun“. Isterinya terkejut lantas bertanya. Said pun menjawab :” Dunia telah menguasainya.” Dia menyuruh isterinya mengagihkan kepada fakir miskin.

  1. Pada suatu hari, khalifah membuat lawatan & menyuruh rakyat mengadu akan hal yang tidak mereka puas hati. “Dia(Said) tidak keluar sebelum matahari terbit.” Said : “Keluarga saya tidak mempunyai orang gaji. Jadi saya tolong mengguli tepung, bakar & berwuduk. Barulah saya keluar dari rumah.” “Pada malam, dia tidak akan layan.” Said : “Peruntukkan siang untuk manusia & malam untuk Islam.” “Dalam sebulan ada satu hari, dia tidak akan keluar rumah.” Said :” Saya hanya ada satu sahaja pakaian, jadi saya basuh dan menunggunya sampai kering.” “Kalau dalam majlis, dia selalu sahaja pengsan.” Said :” Aku tidak boleh melupakan peristiwa Hubaib. Kesilapan aku tidak membantunya & kata-katanya masih terngiang-ngiang di telingaku. Kerana itulah, aku pengsan.” Khalifah pun memberinya 1000 dinar sekali lagi. Isterinya mengucapkan Alhamdulillah. Namun Said berkata : “Adakah kamu mahu lebih baik dari ini?” Isterinya pun memberikan kepada fakir miskin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s